Sesiapa yang mendakwa dia daripada sesuatu yang dia bukan daripadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ‌استلحق شيئا ليس منه؛ حته الله حت الورق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mendakwa dia daripada sesuatu yang dia bukan daripadanya, Allah akan menggugurkan dia seperti gugurnya daun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 796, hadis nombor 4101. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يعقوب بن عبد الله بن جعدة بن هبيرة، قال: قلت لسعيد بن المسيب: إن ههنا رجلاً جميلاً يزعم أنه من قومك. فقال: أمعروف هو؟ فقلت: لا. قال: سمعت سعداً يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ‌((من ‌استلحق شيئا ليس منه؛ حته الله حت الورق)). [الشاشي في ((مسنده))، الضياء، ((الضعيفة)) (4548)]

(Lemah) Daripada Ya‘qūb bin ‘Abdillah bin Ja‘dah bin Hubairah, beliau berkata: Aku berkata kepada Sa‘īd bin al-Musayyib: Sesungguhnya di sini ada seorang lelaki yang elok rupanya mengaku bahawa dia adalah dalam kalangan kaummu. Lalu dia berkata: Adakah dia seorang yang dikenali? Aku berkata: Tidak. Dia berkata: Aku mendengar Sa‘d berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendakwa dia daripada sesuatu yang dia bukan daripadanya, Allah akan menggugurkan dia seperti gugurnya daun. [Riwayat al-Shāshī dalam al-Musnad al-Kabīr, al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4548]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.