Sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya seorang yang alim; maka dia jahil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال: إني مؤمن، فهو كافر، ومن زعم أنه عالم؛ فهو جاهل، ومن زعم أنه في الجنة؛ فهو في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berkata: Sesungguhnya aku adalah orang yang beriman; maka dia kafir, sesiapa yang mendakwa bahawa dia seorang yang alim; maka dia jahil serta sesiapa yang mendakwa bahawa dia masuk ke syurga maka dia di dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1291, hadis nombor 6611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من، قال: إني مؤمن، فهو كافر، ومن زعم أنه عالم؛ فهو جاهل، ومن زعم أنه في الجنة؛ فهو في النار.
[ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (5588)].

(Lemah)
Daripada al-Hasan, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berkata: Sesungguhnya aku adalah orang yang beriman; maka dia kafir, sesiapa yang mendakwa bahawa dia seorang yang alim; maka dia jahil serta sesiapa yang mendakwa bahawa dia masuk ke syurga maka dia di dalam neraka.
[Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5588].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.