TEKS BAHASA ARAB
لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث، يلتقيان، فيعرض هذا، ويعرض هذا، والذي يبدأ بالسلام يسبق إلى الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak halal bagi seorang muslim memulaukan (memboikot) saudaranya lebih daripada tiga hari, lalu mereka berdua bertemu dan yang ini berpaling dan yang ini juga berpaling. Sesiapa yang mendahulukan dengan salam (di antara keduanya) adalah yang paling cepat menuju ke syurga.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis nombor 3629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: (السبق))
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث، يلتقيان، فيعرض هذا، ويعرض هذا، والذي يبدأ بالسلام يسبق إلى الجنة.
[طس، ((الضعيفة)) (6770)].
(Munkar dengan lafaz: Akan mendahului)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak halal bagi seorang muslim memulaukan (memboikot) saudaranya lebih daripada tiga hari, lalu mereka berdua bertemu dan yang ini berpaling dan yang ini juga berpaling. Sesiapa yang mendahulukan dengan salam (di antara keduanya) adalah yang paling cepat menuju ke syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6770].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.