Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَحِلُّ لمسلمٍ أن يهجرَ أخاهُ فوقَ ثلاثٍ، يلتقيانِ فيُعرضُ هذا ويُعرضُ هذا، والذي يبدأُ بالسلامِ يسبقُ إلى الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak halal bagi seorang muslim memulaukan (memboikot) saudaranya lebih daripada tiga hari, lalu mereka berdua bertemu dan yang ini berpaling dan yang ini juga berpaling. Sesiapa yang mendahulukan dengan salam (di antara keduanya) adalah yang paling cepat menuju ke syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis no. 3629. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: (السبق)) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث، يلتقيان، فيعرض هذا، ويعرض هذا، والذي يبدأ بالسلام يسبق إلى الجنة. [طس، ((الضعيفة)) (6770)].
(Munkar dengan lafaz: Akan mendahului) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak halal bagi seorang muslim memulaukan (memboikot) saudaranya lebih daripada tiga hari, lalu mereka berdua bertemu dan yang ini berpaling dan yang ini juga berpaling. Sesiapa yang mendahulukan dengan salam (di antara keduanya) adalah yang paling cepat menuju ke syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6770].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman