Sesiapa yang mendahulukan kepada saudaranya bekas untuk berwuduk

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قدم لأخيه إبريقا يتوضأ به، فكأنما قدم جوادا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mendahulukan kepada saudaranya bekas untuk berwuduk, seolah-olah dia memberikan kuda perang (jihad).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 195, hadis nombor 605. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع، كما في الذيل.

Palsu sepertimana dalam kitab al-Zail.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.