Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mencuri dan menakut-nakutkan orang di jalanan

Teks Bahasa Arab

مَن سرقَ وأخاف السَّبيلَ؛ فاقطع يدَه بسرقتِه، ورجلِه بإخافتِه، ومَن قتلَ؛ فاقتُلهُ، ومَن قتل وأخاف السَّبيلَ واستحلَّ الفرجَ الحرامَ؛ فاصلُبهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mencuri dan menakut-nakutkan orang di jalanan, maka potonglah tangannya disebabkan dia mencuri, potonglah kakinya kerana dia menakut-nakutkan. Sesiapa yang membunuh, maka bunuhlah dia. Sesiapa yang membunuh dan menakut-nakutkan orang di jalanan, dan menghalalkan faraj yang haram (memperkosa), maka saliblah dia.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis no. 4139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن يزيد بن أبي حبيب أن عبد الملك بن مروان كتب إلى أنس بن مالك يسأله عن هذه الآية، فكتب إليه أنس يخبره أن هذه الآية نزلت في أولئك النفر العرنيين، وهم من بجيلة، قال أنس: فارتدوا عن الإسلام، وقتلوا الراعي، وساقوا الإبل، وأخافوا السبيل، وأصابوا الفرج الحرام. قال أنس: فسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم جبريل عليه السلام عن القضاء فيمن حارب؛ فقال: ((من سرق وأخاف السبيل؛ فاقطع يده بسرقته، ورجله بإخافته، ومن قتل؛ فاقتله، ومن قتل وأخاف السبيل واستحل الفرج الحرام؛ فاصلبه)). [ابن جرير، ((الضعيفة)) (5108)]

(Munkar) Daripada Yazīd bin Abī Ḥabīb bahawa ‘Abd al-Malik bin Marwān menulis kepada Anas bin Mālik bertanya kepada beliau tentang ayat ini. Lalu Anas menulis kepadanya bahawa ayat ini turun kepada golongan ‘Uraniyyin dan mereka daripada Bajilah. Anas berkata: Mereka murtad daripada Islam dan membunuh pengembala, mengambil unta, menakut-nakutkan orang di jalanan serta memperkosa wanita secara haram. Anas berkata: Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Jibrail AS tentang hukuman kepada orang yang melakukan hirabah (rompakan dan kerosakan). Lalu baginda bersabda: Sesiapa yang mencuri dan menakut-nakutkan orang di jalanan, maka potonglah tangannya disebabkan dia mencuri, potonglah kakinya kerana dia menakut-nakutkan. Sesiapa yang membunuh, maka bunuhlah dia. Sesiapa yang membunuh dan menakut-nakutkan orang di jalanan, dan menghalalkan faraj yang haram (memperkosa), maka saliblah dia. [Riwayat Ibn Jarīr dalam Tafsīrnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5108]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.