Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mencintaimu kerana sesuatu sebab

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَحَبَّكَ لِشَيْءٍ مَلَّكَ عِنْدَ انْقِضَائِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mencintaimu kerana sesuatu sebab, dia pasti jemu terhadapmu ketika berkurangnya sebab tersebut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 86, hadis no. 396. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في معناه قول الجنيد: "كل محبة تكون لغرض فإذا زال الغرض زالت المحبة".

Semakna dengan kata-kata al-Junaid: "Sesiapa hubungan cinta terbina kerana adanya tujuan, apabila hilangnya tujuan tersebut, maka hilang jugalah hubungan cinta itu".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.