TEKS BAHASA ARAB
حديث: من أحبني فليحب عليا، ومن أبغض عليا فقد أبغضني، ومن أبغضني، فقد أبغض الله، ومن أبغض الله أدخله الله النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mencintaiku maka hendaklah dia mencintai Ali. Sesiapa yang membenci Ali maka dia telah membenciku. Sesiapa yang membenciku, maka dia telah membenci Allah. Sesiapa yang membenci Allah, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis nombor 100. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال الخطيب: موضوع.
Al-Khatib berkata: Palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.