Sesiapa yang mencintai sesuatu kaum kerana amalan mereka, maka dia akan dihimpunkan bersama mereka

TEKS BAHASA ARAB

من أحب قوما على أعمالهم؛ حشر يوم القيامة في زمرتهم، فحوسب بحسابهم، وإن لم يعمل أعمالهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mencintai sesuatu kaum kerana amalan mereka, maka dia akan dihimpunkan bersama mereka pada hari Kiamat, dan akan dihisab sebagaimana mereka dihisab sekalipun dia tidak beramal seperti mereka.

STATUS

Palsu pada lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 489, hadis nombor 2631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن جابر –رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أحب قوما على أعمالهم؛ حشر يوم القيامة في زمرتهم، فحوسب بحسابهم، وإن لم يعمل أعمالهم)). [عد، خط، ((الضعيفة)) (4536)]

(Palsu dengan lafaz ini)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mencintai sesuatu kaum kerana amalan mereka, maka dia akan dihimpunkan bersama mereka pada hari Kiamat, dan akan dihisab sebagaimana mereka dihisab sekalipun dia tidak beramal seperti mereka.
[Riwayat Ibn Adiy al-Kamil fi Al-Dhu’afa’, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4536]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs