Sesiapa yang mencintai seorang lelaki kerana Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أحب رجلاً لله، فقال: إني أحبك في الله، ‌فدخلا ‌جميعاً الجنة، فكان الذي أحب أرفع منزلة من الآخ؛ ألحق بالذي أحب لله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mencintai seorang lelaki kerana Allah lalu berkata: Aku cinta padamu kerana Allah akan masuk syurga bersama-sama. Orang yang aku cintaii akan berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada yang lain,diikuti oleh orang yang mencintai kerana Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 612, hadis nombor 3183. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعاً: ((من أحب رجلاً لله، فقال: إني أحبك في الله، ‌فدخلا ‌جميعاً الجنة، فكان الذي أحب أرفع منزلة من الآخر؛ ألحق بالذي أحب لله)). [عبد بن حميد، البزار، طب، ((الضعيفة)) (3536)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang mencintai seorang lelaki kerana Allah lalu berkata: Aku cinta padamu kerana Allah akan masuk syurga bersama-sama. Orang yang aku cintaii akan berada pada kedudukan yang lebih tinggi daripada yang lain,diikuti oleh orang yang mencintai kerana Allah.))
[Riwayat Abd bin Humaid, al-Bazzar dalam Musnadnya dan Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3536].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.