Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أحبَّ فِطرتي فليَستنَّ بِسنَّتي، ومِن سنَّتيَ النِّكاحُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mencintai fitrahku maka hendaklah mengikuti sunnahku, dan diantara sunnah ku adalah bernikah.
Sahabat Perawi
- Ubaid bin Saad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 933, hadis no. 4797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبيد بن سعد عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: من أحب فطرتي فليستن بسنتي، ومن سنتي النكاح. [عب، ابن بطة، هق، الضعيفة (2509)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Ubaid bin Saad daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mencintai fitrahku maka hendaklah mengikuti sunnahku, dan diantara Sunnah ku adalah bernikah. [Musannaf Abd Razzak, Ibn Battah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2509].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman