Sesiapa yang menceritakan suatu berita

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حدث حديثا فعطس عنده فهو حق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menceritakan suatu berita, lalu ada yang bersin di sisinya, maka orang itu benar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 89, hadis nombor 416. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

قال البيهقي منكر، وقال غيره: باطل، وقال النووي في (فتاويه): له أصل عن أبي هريرة به، وله شاهد عن أنس: أصدق الحديث ما عطس عنده.

Al-Baihaqi berkata: “Munkar”, selain beliau pula berkata: “Batil”. Al-Nawawi berkata dalam Fatwa beliau: “Ia ada asal di sisi Abu Hurairah dengan lafaz tersebut dan ia ada sokongan daripada riwayat Anas: “Percakapan yang paling benar adalah ketika ada yang bersin di sisinya”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon