Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من مثَّل بذي روحٍ ثم لم يتبْ؛ مثَّل اللهُ بهِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mencarik jasad sesuatu yang mempunyai roh kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah SWT akan mencarik jasadnya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 102, hadis no. 528. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة. [حم، ((الضعيفة)) (5089)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mencarik jasad sesuatu yang mempunyai roh kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah SWT akan mencarik jasadnya pada hari kiamat. [Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5089]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman