Sesiapa yang mencampuri urusan harga barangan orang islam untuk menjualnya dengan harga yang mahal

TEKS BAHASA ARAB

من دخل في شيء من أسعار المسلمين ليغليه عليهم، فإن حقا على الله تبارك وتعالى أن يقعده بعظم من النار يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ma’qil bin Yasār ditimpa sakit, lalu masuk kepadanya Ubaidullah bin Ziyad menziarahinya lalu dia berkata: Adakah kamu mengetahui wahai Ma’qil bahawa aku telah menumpahkan darah? Dia berkata: Aku tidak tahu. Dia berkata: Adakah engkau tahu bahawa aku masuk campur dalam urusan harga barang orang muslimin? Dia berkata: Aku tidak tahu. Dia berkata: Dudukkan aku, kemudian dia berkata: Dengar wahai Ubaidullah! Sehingga aku menceritakan kepada kamu sesuatu yang tidak aku dengar dari Rasulullah SAW sekali mahupun dua kali, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mencampuri urusan harga barangan orang islam untuk menjualnya dengan harga yang mahal, maka Allah berhak mendudukkannya dengan sesuatu dari neraka pada hari kiamat.” Dia berkata: Engkau mendengarnya daripada Nabi SAW? Dia berkata: Ya, bukan hanya sekali dan tidak dua kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 825, hadis nombor 4241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن، قال: ثقل معقل بن يسار، فدخل إليه عبيد الله بن زياد يعوده، فقال: هل تعلم يا معقل أني سفكت دما؟ قال: ما علمت. قال: هل تعلم أني دخلت في شيء من أسعار المسلمين؟ قال: ما علمت. قال: أجلسوني، ثم قال: اسمع يا عبيد الله! حتى أحدثك شيئا لم أسمعه من رسول الله صلى الله عليه وسلم مرة ولا مرتين، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من دخل في شيء من أسعار المسلمين ليغليه عليهم، فإن حقا على الله -تبارك وتعالى- أن يقعده بعظم من النار يوم القيامة)) قال: أنت سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قال: نعم؛ غير مرة ولا مرتين.
[الطيالسي، الدولابي، حم، ك، هق، هب، طب، طس، الروياني، ((الضعيفة)) (6646)]

(Lemah) Daripada al-Hasan berkata: Ma’qil bin Yasār ditimpa sakit, lalu masuk kepadanya Ubaidullah bin Ziyad menziarahinya lalu dia berkata: Adakah kamu mengetahui wahai Ma’qil bahawa aku telah menumpahkan darah? Dia berkata: Aku tidak tahu. Dia berkata: Adakah engkau tahu bahawa aku masuk campur dalam urusan harga barang orang muslimin? Dia berkata: Aku tidak tahu. Dia berkata: Dudukkan aku, kemudian dia berkata: Dengar wahai Ubaidullah! Sehingga aku menceritakan kepada kamu sesuatu yang tidak aku dengar dari Rasulullah SAW sekali mahupun dua kali, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mencampuri urusan harga barangan orang islam untuk menjualnya dengan harga yang mahal, maka Allah berhak mendudukkannya dengan sesuatu dari neraka pada hari kiamat.” Dia berkata: Engkau mendengarnya daripada Nabi SAW? Dia berkata: Ya, bukan hanya sekali dan tidak dua kali.
[Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma, Musnad Ahad, Mustadrak al-Hakim, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan al-Rawayani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6646]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs