Sesiapa yang mencampakkan jilbab malu maka tidak ada ghibah untuknya

TEKS BAHASA ARAB

من ألقى جلباب الحياء فلا غيبة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mencampakkan jilbab malu maka tidak ada ghibah untuknya (iaitu tidak dianggap mengumpat sekiranya orang berkata tentang dirinya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis nombor 897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: من ألقى جلباب الحياء فلا غيبة له.
[عيسى بن علي الوزير في ((ستة مجالس))، المهرواني في ((الفوائد المنتخبة))، هق، خط، أبو محمد بن شيبان في ((الفوائد))، القضاعي، ((الضعيفة)) (585)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: “Sesiapa yang mencampakkan jilbab malu maka tidak ada ghibah untuknya (iaitu tidak dianggap mengumpat sekiranya orang berkata tentang dirinya).
[Riwayat Isa bin ‘Ali al-Wazir dalam Sittah al Majalis, al-Mahrawani dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, al Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, Abu Muhammad bin Syaiban dalam al-Fawaid dan al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 585]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs