Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَلقَى جِلبابَ الحياءِ فلا غِيبَةَ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mencampakkan jilbab malu maka tidak ada ghibah untuknya (iaitu tidak dianggap mengumpat sekiranya orang berkata tentang dirinya).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 176, hadis no. 897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: من ألقى جلباب الحياء فلا غيبة له. [عيسى بن علي الوزير في ((ستة مجالس))، المهرواني في ((الفوائد المنتخبة))، هق، خط، أبو محمد بن شيبان في ((الفوائد))، القضاعي، ((الضعيفة)) (585)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: “Sesiapa yang mencampakkan jilbab malu maka tidak ada ghibah untuknya (iaitu tidak dianggap mengumpat sekiranya orang berkata tentang dirinya). [Riwayat Isa bin ‘Ali al-Wazir dalam Sittah al Majalis, al-Mahrawani dalam al-Fawaid al-Muntakhabah, al Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, Abu Muhammad bin Syaiban dalam al-Fawaid dan al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 585]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman