Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menasihati saudaranya secara rahsia

Teks Bahasa Arab

مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ وَمَنْ وَعَظَهُ عَلانِيَةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menasihati saudaranya secara rahsia, maka dia telah benar-benar menasihatinya dan memperelokkannya. Dan sesiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan, maka dia benar-benar telah membuka aibnya dan memalukannya.

Sahabat Perawi

  1. AlShafi'ei RA.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 94 - 95, hadis no. 456. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من كلام الشافعي رضي الله تعالى عنه.

Ia berasal daripada ucapan al-Shafi'ei RA.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.