Sesiapa yang menasihati orang jahil

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من نصح جاهلا عاداه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menasihati orang jahil, orang jahil tersebut akan memusuhinya.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 202, hadis nombor 631. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس في شيء من المسندات، بل يروى عن بعض السلف.

Tiada satu pun dalam kitab-kitab hadith yang bersanad bahkan ia diriwayatkan daripada ucapan sebahagian salaf.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs