Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menasihati orang jahil

Teks Bahasa Arab

مَنْ نَصَحَ جَاهِلا عَادَاهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menasihati orang jahil, orang jahil tersebut akan memusuhinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 94, hadis no. 455. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث، وقال الخليل بن أحمد لابن المثنى: لَا تَرُدَّنَّ على معجب خطأ فيستفيد منك علما ويتخذك عدوا.

Ia bukan hadith. Al-Khalil bin Ahmad telah berkata kepada Ibn al-Muthanna: "Janganlah kamu memperbetulkan kesalahan orang yang angkuh, maka dia mendapat ilmu daripadamu dan menganggapmu sebagai musuh".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.