TEKS BAHASA ARAB
من كان عليه من رمضان شيء، فأدركه رمضان، فلم يقضه؛ لم يقبل منه، وإن صلى تطوعا وعليه مكتوبة؛ لم تقبل منه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menanggung suatu (puasa ganti) pada bulan Ramadan, lalu Ramadan (berikutnya) tiba dan dia belum menggantikannya, nescaya (puasanya) tidak akan diterima daripadanya. Manakala jika dia menunaikan solat sunat dalam keadaan dia menganggung (ganti) solat fardu, nescaya tidak akan diterima daripadanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis nombor 1794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «مَنْ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ، فَأَدْرَكَهُ رَمَضَانُ، فَلَمْ يَقْضِهِ؛ لم يُقْبَلْ مِنْهُ، وَإِنْ صَلَّى تَطَوُّعًا وَعَلَيْهِ مَكْتُوبَةٌ؛ لَمْ تُقْبَلْ مِنْهُ». [ابن حبان في الضعفاء، «الضعيفة» (6378)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkat: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang menanggung suatu (puasa ganti) pada bulan Ramadan, lalu Ramadan (berikutnya) tiba dan dia belum menggantikannya, nescaya (puasanya) tidak akan diterima daripadanya. Manakala jika dia menunaikan solat sunat dalam keadaan dia menganggung (ganti) solat fardu, nescaya tidak akan diterima daripadanya". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6378].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.