Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ، فَأَدْرَكَهُ رَمَضَانُ، فَلَمْ يَقْضِهِ؛ لم يُقْبَلْ مِنْهُ، وَإِنْ صَلَّى تَطَوُّعًا وَعَلَيْهِ مَكْتُوبَةٌ؛ لَمْ تُقْبَلْ مِنْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menanggung suatu (puasa ganti) pada bulan Ramadan, lalu Ramadan (berikutnya) tiba dan dia belum menggantikannya, nescaya (puasanya) tidak akan diterima daripadanya. Manakala jika dia menunaikan solat sunat dalam keadaan dia menganggung (ganti) solat fardu, nescaya tidak akan diterima daripadanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis no. 1794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «مَنْ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ، فَأَدْرَكَهُ رَمَضَانُ، فَلَمْ يَقْضِهِ؛ لم يُقْبَلْ مِنْهُ، وَإِنْ صَلَّى تَطَوُّعًا وَعَلَيْهِ مَكْتُوبَةٌ؛ لَمْ تُقْبَلْ مِنْهُ». [ابن حبان في الضعفاء، «الضعيفة» (6378)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkat: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang menanggung suatu (puasa ganti) pada bulan Ramadan, lalu Ramadan (berikutnya) tiba dan dia belum menggantikannya, nescaya (puasanya) tidak akan diterima daripadanya. Manakala jika dia menunaikan solat sunat dalam keadaan dia menganggung (ganti) solat fardu, nescaya tidak akan diterima daripadanya". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6378].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman