Sesiapa yang menanggung hutang, maka berwuduklah dan solatlah empat rakaat ketika matahari telah gelincir

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أصابه دين فليتوضأ وليصل إذا زالت الشمس أربع ركعات، ويقرأ في كل ركعة الحمد، وقل هو الله أحد، وآية الكرسي. فإذا سلم قرأ (اللهم مالك الملك) إلى (بغير حساب) ثم يقول: يا فارج الهم يا كاشف الغم، يا مجيب دعوة المضطرين، يا رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما ارحمني رحمة واسعة تغنيني بها عن رحمة من سواك، واقض ديني. فإن الله يقضي دينه.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menanggung hutang, maka berwuduklah dan solatlah empat rakaat ketika matahari telah gelincir dengan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah, al-Ikhlas dan Ayat Kursi. Apabila selesai memberi salam dia membaca Allahumma Malikil Mulk sampai bighairil Hisab kemudian berdoa: Ya Allah yang berkuasa menghilangkan kerisauan, yang mampu menyingkap kesedihan, yang mengabulkan doa orang-orang yang dalam kesempitan, yang Maha pengasih lagi Maha penyayang di dunia dan di akhirat. Rahmatilah aku dengan rahmat yang luas, rahmat yang mencukupi diriku dari mencari rahmat selain Diri-Mu, lunasikan hutangku. Sesungguhnya Allah melunaskan hutangnya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 59, hadis nombor 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده كذاب.

Pada sanadnya terdapat pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon