Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَنْظَرَ مُعْسِرًا إلى مَيْسَرَتِهِ؛ أنظره اللهُ بذنبِهِ إلى تَوْبتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menangguh (pembayaran hutang) seorang yang susah sehingga dia menjadi senang, Allah akan menangguhkan dosanya sehingga menemui taubatnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 802, hadis no. 4136. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من أنظر معسرا إلى ميسرته؛ أنظره الله بذنبه إلى توبته)). [طس، ((الضعيفة)) (5185)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menangguh (pembayaran hutang) seorang yang susah sehingga dia menjadi senang, Allah akan menangguhkan dosanya sehingga menemui taubatnya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5185]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman