Sesiapa yang menamakan Madinah dengan "Yathrib"

TEKS BAHASA ARAB

من سمى المدينة يثرب؛ فليستغفر الله – عز وجل -، هي طابة، هي طابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menamakan Madinah dengan “Yathrib”, maka hendaklah dia memohon keampunan daripada Allah. Ia adalah Thabah (tanah yang baik), ia adalah Thabah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis nombor 1121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من سمى المدينة يثرب؛ فليستغفر الله – عز وجل -، هي طابة، هي طابة)). [حم، ع، ((الضعيفة)) (4607)]

(Lemah)
Daripada al-Bara’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menamakan Madinah dengan “Yathrib”, maka hendaklah dia memohon keampunan daripada Allah. Ia adalah Thabah (tanah yang baik), ia adalah Thabah.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Abu Ya'la dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4607]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs