Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من سمى المدينةَ يثربَ؛ فلْيستغفرِ اللهَ - عز وجل -، هي طابةُ، هي طابةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menamakan Madinah dengan “Yathrib”, maka hendaklah dia memohon keampunan daripada Allah. Ia adalah Thabah (tanah yang baik), ia adalah Thabah.
Sahabat Perawi
- al-Bara’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis no. 1121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن البراء - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من سمى المدينة يثرب؛ فليستغفر الله - عز وجل -، هي طابة، هي طابة)). [حم، ع، ((الضعيفة)) (4607)]
(Daif) Daripada al-Bara’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menamakan Madinah dengan “Yathrib”, maka hendaklah dia memohon keampunan daripada Allah. Ia adalah Thabah (tanah yang baik), ia adalah Thabah. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan Abu Ya'la dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4607]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman