Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أخافَ مؤمنًا؛ كانَ حقًّا علَى اللهِ أن لا يؤمِّنَهُ من أفزاعِ يومِ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menakut-nakutkan seorang mukmin, menjadi hak ke atas Allah untuk tidak mengamankan dia daripada kegerunan pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis no. 433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعاً: من أخاف مؤمناً؛ كان حقاً على الله أن لا يؤمنه من أفزاع يوم القيامة. [طس، ((الضعيفة)) (4539)]
(Daif) Daripada ‘Abdullāh bin ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menakut-nakutkan seorang mukmin, menjadi hak ke atas Allah untuk tidak mengamankan dia daripada kegerunan pada hari kiamat. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4539]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman