Sesiapa yang memegang tunggangan saudara muslimnya

TEKS BAHASA ARAB

من أمسك بركاب أخيه المسلم -لا يرجوه ولا يخافه-؛ غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memegang tunggangan saudara muslimnya (untuk menunjuk jalan atau membantunya menaiki tunggangannya) – dia tidak berharap kepadanya dan tidak pula takut padanya – akan diampunkan dosa-dosanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 88, hadis nombor 437. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعاً: من أمسك بركاب أخيه المسلم -لا يرجوه ولا يخافه-؛ غفر له.
[طب، طس، حل، ((الضعيفة)) (4563)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memegang tunggangan saudara muslimnya (untuk menunjuk jalan atau membantunya menaiki tunggangannya) – dia tidak berharap kepadanya dan tidak pula takut padanya – akan diampunkan dosa-dosanya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ serta Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4563]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs