Sesiapa yang menahan (sembunyikan) makanan selama 40 hari

TEKS BAHASA ARAB

من حبس طعاما أربعين يوما، ثم أخرجه ‌فطحنه وخبزه وتصدق به لم يقبله الله منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menahan (sembunyikan) makanan selama 40 hari, kemudian dia mengeluarkannya serta mengisarnya, lalu menjadikannya roti serta bersedekah dengannya, nescaya Allah tidak akan menerima (sedekah tersebut).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 593 – 594, hadis nombor 3058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من حبس طعاما أربعين يوما، ثم أخرجه ‌فطحنه وخبزه وتصدق به لم يقبله الله منه)). [عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (857)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menahan (sembunyikan) makanan selama 40 hari, kemudian dia mengeluarkannya serta mengisarnya, lalu menjadikannya roti serta bersedekah dengannya, nescaya Allah tidak akan menerima (sedekah tersebut). [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Ḍhu’afa’, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 857].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.