Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن دفعَ غضبَهُ دفعَ اللهُ عنهُ عذابَهُ، ومن حفظَ لسانَهُ سترَ اللهُ عَورتَهُ، ومن اعتذرَ إلى أخيهِ قبِلَ اللهُ معذرتَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menahan marahnya maka Allah akan menghalang azab-Nya darinya, dan sesiapa yang memelihara lisannya maka Allah akan menutup keaibannya, manakala sesiapa yang memaafkan saudaranya, Allah akan menerima kemaafannya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 192, hadis no. 989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من دفع غضبه دفع الله عنه عذابه، ومن حفظ لسانه ستر الله عورته، ومن اعتذر إلى أخيه قبل الله معذرته)). [عق، ((الضعيفة)) (1916)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menahan marahnya maka Allah akan menghalang azab-Nya darinya, dan sesiapa yang memelihara lisannya maka Allah akan menutup keaibannya, manakala sesiapa yang memaafkan saudaranya, Allah akan menerima kemaafannya. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1916]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman