Sesiapa yang menahan marahnya, Allah SWT akan menutup keaibannya

TEKS BAHASA ARAB

من كف غضبه؛ ستر الله عورته، ومن كظم غيظه – ولو شاء أن يمضيه أمضاه -؛ ملأ الله قلبه يوم القيامة رضاً، ومن مشى مع أخيه في حاجته حتى يثبتها له؛ أثبت الله قدمه يوم تزول الأقدام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menahan marahnya, Allah SWT akan menutup keaibannya. Sesiapa yang menahan marahnya – walaupun dia hendak mampu melampiaskannya- Allah SWT akan memenuhkan jantung hatinya pada hari kiamat dengan keredaan. Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya dalam keperluannya sehingga dia menyelesaikannya, maka Allah SWT akan menetapkan kakinya pada hari yang kaki-kaki tergelincir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 89, hadis nombor 453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: من كف غضبه؛ ستر الله عورته، ومن كظم غيظه – ولو شاء أن يمضيه أمضاه -؛ ملأ الله قلبه يوم القيامة رضاً، ومن مشى مع أخيه في حاجته حتى يثبتها له؛ أثبت الله قدمه يوم تزول الأقدام.
[نصر المقدسي في ((الأربعين)) ، ((الضعيفة)) (4647)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang menahan marahnya, Allah SWT akan menutup keaibannya. Sesiapa yang menahan marahnya – walaupun dia hendak mampu melampiaskannya- Allah SWT akan memenuhkan jantung hatinya pada hari kiamat dengan keredaan. Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya dalam keperluannya sehingga dia menyelesaikannya, maka Allah SWT akan menetapkan kakinya pada hari yang kaki-kaki tergelincir.”
[Diriwayatkan oleh Naṣr al-Maqdisī dalam al-Arba‘īn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4647]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs