Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن كفَّ غضبَهُ؛ سترَ اللَّهُ عورتَهُ، ومن كَظمَ غيظهُ - ولو شاءَ أن يمضيَهُ أَمضاهُ -، ملأَ اللَّهُ قلبَهُ يومَ القيامةِ رضًا، ومن مَشى معَ أخيهِ في حاجتةٍ حتَّى يثبِتَها لَهُ، أثبتَ اللَّهُ قدمَهُ يومَ تزولُ الأقدامُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menahan marahnya, Allah SWT akan menutup keaibannya. Sesiapa yang menahan marahnya - walaupun dia hendak mampu melampiaskannya- Allah SWT akan memenuhkan jantung hatinya pada hari kiamat dengan keredaan. Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya dalam keperluannya sehingga dia menyelesaikannya, maka Allah SWT akan menetapkan kakinya pada hari yang kaki-kaki tergelincir.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 89, hadis no. 453. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: من كف غضبه؛ ستر الله عورته، ومن كظم غيظه - ولو شاء أن يمضيه أمضاه -؛ ملأ الله قلبه يوم القيامة رضاً، ومن مشى مع أخيه في حاجته حتى يثبتها له؛ أثبت الله قدمه يوم تزول الأقدام. [نصر المقدسي في ((الأربعين)) ، ((الضعيفة)) (4647)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang menahan marahnya, Allah SWT akan menutup keaibannya. Sesiapa yang menahan marahnya - walaupun dia hendak mampu melampiaskannya- Allah SWT akan memenuhkan jantung hatinya pada hari kiamat dengan keredaan. Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya dalam keperluannya sehingga dia menyelesaikannya, maka Allah SWT akan menetapkan kakinya pada hari yang kaki-kaki tergelincir.” [Riwayat Naṣr al-Maqdisī dalam al-Arba‘īn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4647]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman