Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menahan makanan selama 40 hari

Teks Bahasa Arab

حديث: من حبس طعاما أربعين يوما ثم أخرجه فطحنه وخبزه وتصدق به لم يقبل الله منه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang menahan makanan selama 40 hari, kemudian dia mengeluarkannya lalu mengisarnya dan menjadikannya roti kemudian bersedekah dengannya,maka Allah tidak menerima amalannya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 144, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا وهو موضوع والمتهم به دينار: رجل يروي عن أنس الموضوعات. وقد أخرجه ابن عساكر من حديث معاذ والديلمي من حديث علي رضي الله عنه.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu dan dituduh berdusta padanya perawi bernama Dinar, seorang perawi yang meriwayatkan daripada Anas riwayat-riwayat palsu. Ibn Asakir meriwayatkannya daripada hadith Muaz manakala al-Dailami meriwayatkannya daripada hadith Ali RA.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.