Sesiapa yang menahan anggur pada waktu menuai sehingga ia dijual kepada Yahudi mahupun Nasrani (atau Majusi) atau kepada sesiapa yang akan menjadikannya sebagai arak

TEKS BAHASA ARAB

من حبس العنب زمن القطاف حتى يبيعه من يهودي أو نصراني [أو مجوسي] أو ممن يعلم أنه يتخذه خمرا؛ فقد تقحم على النار على بصيرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menahan anggur pada waktu menuai sehingga ia dijual kepada Yahudi mahupun Nasrani (atau Majusi) atau kepada sesiapa yang akan menjadikannya sebagai arak, maka dia telah menempah neraka dengan jelas.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 634, hadis nombor 3289. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بريدة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (( من حبس العنب زمن القطاف حتى يبيعه من يهودي أو نصراني [ أو مجوسي ] أو ممن يعلم أنه يتخذه خمرا؛ فقد تقحم على النار على بصيرة)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، طس، السهمي، هب، ((الضعيفة)) (6093)].

(Munkar)
Daripada Buraidah RA berkata: Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang menahan anggur pada waktu menuai sehingga ia dijual kepada Yahudi mahupun Nasrani (atau Majusi) atau kepada sesiapa yang akan menjadikannya sebagai arak, maka dia telah menempah neraka dengan jelas.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Ilal, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6093].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs