Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menahan anggur ketika waktu mengutip sehingga dia menjualnya dari Yahudi atau Nasrani [Majusi]

Teks Bahasa Arab

من حَبسَ العنبَ زمنُ القِطافِ حتى يبيعَهُ مِن يهوديٍّ أو نصرانيٍّ [ أو مَجوسيٍّ ] أو مِمَّن يعلَمُ أنَّهُ يتخذُهُ خمرًا؛ فقد تقَّحمَ علَى النَّارِ علَى بصيرةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menahan anggur ketika waktu mengutip sehingga dia menjualnya dari Yahudi atau Nasrani [Majusi] atau dari sesiapa yang diketahui akan membuatnya menjadi arak, maka dia telah mencampakkan dirinya ke dalam neraka secara terang-terangan.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis no. 4208. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بريدة –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من حبس العنب زمن القطاف حتى يبيعه من يهودي أو نصراني [أو مجوسي]، أو ممن يعلم أنه يتخذه خمرا، فقد تقحم على النار على بصيرة)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي في ((العلل))، طس، السهمي، هب، ((الضعيفة)) (6093)]

(Munkar) Daripada Buraidah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menahan anggur ketika waktu mengutip sehingga dia menjualnya dari Yahudi atau Nasrani [Majusi] atau dari sesiapa yang diketahui akan membuatnya menjadi arak, maka dia telah mencampakkan dirinya ke dalam neraka secara terang-terangan. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-’Ilal, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, al-Sahmi dalam Tarikh Jurjan dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6093]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.