Sesiapa yang memutuskan solat dhuha dengan meninggalkannya sekali-sekala, dia akan menjadi buta

TEKS BAHASA ARAB

من قطع صلاة الضحى بتركها أحيانا يعمى، فصار كثير منهم يتركها أصلا لذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memutuskan solat dhuha dengan meninggalkannya sekali-sekala dia akan menjadi buta. Lalu jadilah ramai dari mereka meninggalkannya terus kerana perkara tersebut.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 268, hadis nombor 473. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحكى الشيخ العلامة الزين العراقي: أنه اشتهر بين العوام أن من قطع صلاة الضحى بتركها أحيانا يعمى: فصار كثير منهم يتركها أصلا لذلك. وليس لما قالوه، أصل بل الظاهر أنه مما ألقاه الشيطان على ألسنتهم، ليحرمهم الخير الكثير.

Dan diceritakan Syeikh al-‘Alamah al-Zain al-’Iraqi: Bahawa telah masyhur dalam kalangan orang awam, sesiapa yang memutuskan solat dhuha dengan meninggalkannya sekali-sekala dia akan menjadi buta. Lalu jadilah ramai dari mereka meninggalkannya terus kerana perkara tersebut. Tiada asal bagi apa yang mereka katakannya itu bahkan yang jelas bahawa ia adalah daripada apa yang disampaikan oleh syaitan terhadap lisan-lisan mereka untuk menjauhkan mereka daripada kebaikan yang banyak.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.