Sesiapa yang memuliakan seseorang Muslim

TEKS BAHASA ARAB

من أكرم امرءا مسلما فإنما يكرم الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memuliakan seseorang Muslim, maka dia sebenarnya sedang memuliakan Allah Ta’ala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 73, hadis nombor 414. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Zahabi berkata dalam biografi Yahya bin Muslim melalui kitab al-Mizan: Sesungguhnya ia batil. Saya telah menemui sanad lain bagi hadith tersebut melalui hadith Abu Bakr yang panjang lebar, ia telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan juga dalam Tarikh Asbahan, namun Ibn Hibban turut menyebutkannya dalam al-Dhu’afa’.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs