Sesiapa yang memuliakan saudara muslimnya, sesungguhnya dia sedang memuliakan Allah -Tabaraka wa Ta’ala-

TEKS BAHASA ARAB

من أكرم أخاه المسلم؛ فإنما يكرم الله -تبارك وتعالى-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memuliakan saudara muslimnya, sesungguhnya dia sedang memuliakan Allah -Tabaraka wa Ta’ala-.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis nombor 435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: من أكرم أخاه المسلم؛ فإنما يكرم الله -تبارك وتعالى-.
[البغوي في ((حديث عيسى الشاشي))، أبو الحسن القزويني في ((الأمالي))، الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4559)]

(Lemah)
Daripada Jābir RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memuliakan saudara muslimnya, sesungguhnya dia sedang memuliakan Allah -Tabaraka wa Ta’ala-.
[Riwayat Al Baghawī dalam Hadīs ‘Īsa al-Syāsyī, Abū al-Ḥasan al-Qazwīnī dalam Al-Amalī, al-Khatīb dalam Talkhīs al-Mutasyābih dan al-Asbahānī dalam al-Taghrīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4559]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs