Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَكْرَمَ أخاه المسلمَ؛ فإنما يُكْرِمُ اللهَ -تبارك وتعالى-.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memuliakan saudara muslimnya, sesungguhnya dia sedang memuliakan Allah -Tabaraka wa Ta’ala-.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis no. 435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: من أكرم أخاه المسلم؛ فإنما يكرم الله -تبارك وتعالى-. [البغوي في ((حديث عيسى الشاشي))، أبو الحسن القزويني في ((الأمالي))، الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (4559)]
(Daif) Daripada Jābir RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memuliakan saudara muslimnya, sesungguhnya dia sedang memuliakan Allah -Tabaraka wa Ta’ala-. [Riwayat Al Baghawī dalam Hadīs ‘Īsa al-Syāsyī, Abū al-Ḥasan al-Qazwīnī dalam Al-Amalī, al-Khatīb dalam Talkhīs al-Mutasyābih dan al-Asbahānī dalam al-Taghrīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4559]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman