TEKS BAHASA ARAB
من أكرم فاسقا فقد أعان على هدم الإسلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memuliakan orang fasiq maka dia telah membantu meruntuhkan Islam.
STATUS
Kesemuanya lemah atau palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«مَنْ أَكْرَمَ فَاسِقًا فَقَدْ أَعَانَ على هدم الْإِسْلَام» لِابْنِ عدي وَالطَّبَرَانِيّ وَأبي نعيم وَلَفْظهمْ «من وقر صَاحب بِدعَة» وَالْكل ضَعِيف أَو مَوْضُوع كَمَا قَالَ أَبُو الْفرج.
Maksudnya: “Sesiapa yang memuliakan orang fasiq maka dia telah membantu meruntuhkan Islam.”.
Hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibn Adiyy, Al-Tabarani dan Abu Nu’aim dengan lafaz :
Maksudnya: “Sesiapa yang memuliakan pelaku bid’ah…”
Kesemuanya adalah dhaif atau palsu seperti yang dinyatakan oleh Abu Al-Faraj Ibn Jawzi.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.