Sesiapa yang memuliakan orang asing

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أكرم غريبا في غربته وجبت له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memuliakan orang asing di perantauan, maka wajib baginya syurga.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 176, hadis nombor 537. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره الديلمي عن ابن عباس مرفوعا بلا سند، قال الزرقاني: لا أصل له.

Al-Dailami telah menyebutkannya daripada Ibn Abbas secara marfu (disandarkan kepada Nabi) tanpa sanad. Al-Zurqani berkata: Tiada asalnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs