Sesiapa yang memulakan salam terhadap saudaranya

TEKS BAHASA ARAB

من بدأ أخاه بالسلام؛ كتب الله له عشر حسنات، ومن دعا له بظهر الغيب، كتب الله له عشر حسنات. قال أنس: إن كانت الشجرة لتفرق بيننا في السفر فنتلاقى بالسلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memulakan salam terhadap saudaranya, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan. Dan sesiapa yang mendoakan saudaranya itu tanpa dia mengetahuinya, maka Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.
Anas berkata: Sekiranya sepohon pokok memisahkan antara kami semasa permusafiran, lalu ketika kami bertemu kami akan memberi salam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 237, hadis nombor 1244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من بدأ أخاه بالسلام؛ كتب الله له عشر حسنات، ومن دعا له بظهر الغيب، كتب الله له عشر حسنات)). قال أنس: إن كانت الشجرة لتفرق بيننا في السفر فنتلاقى بالسلام. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، الشجري، ((الضعيفة)) (6310)]

(Lemah)
Daripada Anas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memulakan salam terhadap saudaranya, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan. Dan sesiapa yang mendoakan saudaranya itu tanpa dia mengetahuinya, maka Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan.
Anas berkata: Sekiranya sepohon pokok memisahkan antara kami semasa permusafiran, lalu ketika kami bertemu kami akan memberi salam.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar al-Asbahan, Ibn ‘Asakir, dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6310]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs