Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ بَدَأَ أَخَاهُ بِالسَّلَامِ؛ كَتَبَ اللهُ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ، وَمَنْ دَعَا لَهُ بظَهْرِ الغَيْبِ، كَتَبَ اللهُ لَهُ عَشَرَ حَسَنَات. قَالَ أَنَس: إِنْ كَانَتْ الشَّجَرَة لتفرق بَيْنَنَا فِي السفر فَنتلَاقى بِالسَّلَامِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memulakan salam terhadap saudaranya, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan. Dan sesiapa yang mendoakan saudaranya itu tanpa dia mengetahuinya, maka Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan. Anas berkata: Sekiranya sepohon pokok memisahkan antara kami semasa permusafiran, lalu ketika kami bertemu kami akan memberi salam.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 237, hadis no. 1244. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من بدأ أخاه بالسلام؛ كتب الله له عشر حسنات، ومن دعا له بظهر الغيب، كتب الله له عشر حسنات)). قال أنس: إن كانت الشجرة لتفرق بيننا في السفر فنتلاقى بالسلام. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، الشجري، ((الضعيفة)) (6310)]
(Daif) Daripada Anas RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memulakan salam terhadap saudaranya, Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan. Dan sesiapa yang mendoakan saudaranya itu tanpa dia mengetahuinya, maka Allah akan menulis untuknya sepuluh kebaikan. Anas berkata: Sekiranya sepohon pokok memisahkan antara kami semasa permusafiran, lalu ketika kami bertemu kami akan memberi salam. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar al-Asbahan, Ibn ‘Asakir, dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6310]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman