Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memukul belakang saudaranya tanpa hak

Teks Bahasa Arab

من جَرَدَ ظَهْرَ أَخِيهِ بغيرِ حَقٍّ لَقِيَ اللهَ وهو عليه غضبانٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memukul belakang saudaranya tanpa hak maka dia akan berjumpa Allah dalam keadaan murka kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abi Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 773, hadis no. 3957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة – رضي الله عنه - مرفوعا: ((‌من ‌جرد ظهر أخيه بغير حق لقي الله وهو عليه غضبان)). [طس، ((الضعيفة)) (1275)].

(Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memukul belakang saudaranya tanpa hak maka dia akan berjumpa Allah dalam keadaan murka kepadanya. [Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1275].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.