Sesiapa yang memudahkan keluarganya dan ahlinya pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

من وسع على عياله وأهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memudahkan keluarganya dan ahlinya pada hari Asyura, maka Allah akan memudahkan sepanjang tahun itu baginya.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 100-102. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَأَخْرَجَهُ ابْنُ عَدِيٍّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا ((مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ وَأَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ)) وَفِي سَنَدِهِ سُلَيْمَانُ بْنُ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الرَّاوِي عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَجْهُولٌ كَذَا ذَكَرَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ فِي الْمَوْضُوعَاتِ وَقَالَ الْمُنْذِرِيُّ فِي كِتَابِ التَّرْغِيبِ وَالتَّرْهِيبِ رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ مِنْ طُرُقٍ عَنْ جَمَاعَةٍ مِنَ الصَّحَابَةِ وَقَالَ الْبَيْهَقِيُّ هَذِهِ الأَسَانِيدُ وَإِنْ كَانَتْ ضَعِيفَةً فَهِيَ إِذَا ضُمَّ بَعْضُهَا إِلَى بَعْضٍ أَخَذَتْ قُوَّةً. انْتَهَى.
وَقَالَ زين الدَّين الْعِرَاقِيّ فِي أَمَالِيهِ ورد فِي هَذَا الحَدِيث من طرق صحّح بَعْضهَا الْحَافِظ ابْن نَاصِر وَسليمَان الَّذِي قَالَ فِيهِ ابْن الْجَوْزِيّ مَجْهُول ذكره ابْن حبَان فِي الثِّقَات فَالْحَدِيث حسن على رَأْيه وَقد روى من حَدِيث أبي سعيد عِنْد الْبَيْهَقِيّ فِي شعب الْإِيمَان وَابْن عمر عِنْد الدَّارقطني فِي الْأَفْرَاد وَجَابِر وَرَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ من رِوَايَة ابْن الْمُنْكَدر عَنهُ وَقَالَ إِسْنَاده ضَعِيف وَرَوَاهُ ابْن عبد الْبر فِي الاستذكار من رِوَايَة أبي الزبير عَنهُ وَهِي على شَرط مُسلم قَالَ الْبَيْهَقِيّ هَذِه الْأَسَانِيد وَإِن كَانَتْ ضَعِيفَةً فَهِيَ إِذَا ضُمَّ بَعْضهَا إِلَى بعض أحدثت قُوَّة هَذَا مَعَ كَونه لم تقع لَهُ رِوَايَة أبي الزبير عَن جَابر الَّتِي هِيَ أصح طرق الحَدِيث وَقد ورد مَوْقُوفا على عمر أخرجه ابْن عبد الْبر بِسَنَد رجالة ثِقَات لكنه من رِوَايَة ابْن الْمسيب عَنهُ وَقد اخْتلف فِي سَمَاعه مِنْهُ وَرَوَاهُ فِي الشّعب من قَول إِبْرَاهِيم بْن مُحَمَّد بْن الْمُنْتَشِر وَأما قَول الشَّيْخ تَقِيّ الدَّين بْن تَيْمِية إِن حَدِيث التَّوسعَة مَا رَوَاهُ أحد من الْأَئِمَّة وَإِن أَعلَى مَا بلغه من قَول ابْن الْمُنْتَشِر فَهُوَ عجب مِنْهُ كَمَا ترى وَقد جمعت طرقه فِي جُزْء انْتهى كَلَام الْعِرَاقِيّ.
وَفِي جَوَاهِر الْعقْدَيْنِ فِي فضل الشرفين لنُور الدَّين السمهودي لَا يلْزم من قَول أَحْمد فِي حَدِيث التَّوسعَة أَنه لَا يَصح أَن يكون بَاطِلا فقد يكون غير صَحِيح وَهُوَ صَالح للاحتجاج بِهِ إِذْ الْحسن رتبته بَين الصَّحِيح والضعيف. انْتهى.
وَفِي تَنْزِيه الشَّرِيعَة قَول الإِمَام أَحْمد لَا يَصح لَا يلْزم مِنْهُ أَن يكون بَاطِلا كَمَا فهمه ابْن الْقيم فقد يكون الحَدِيث غير صَحِيح وَهُوَ صَالح للاحتجاج بِهِ بِأَن يكون حسنا. انْتهى.
قلت: بِهَذَا كُله بَطل قَول الشَّوْكَانِيّ فِي الْفَوَائِدِ الْمَجْمُوعَةِ فِي الأَحَادِيثِ الْمَوْضُوعَة بعد نقل شَيْء من كَلَام الْعِرَاقِيّ. ذكره ابْن الْجَوْزِيّ فِي الموضوعات وَابْن تَيْمِية فِي فَتْوَى لَهُ، فَحكم بِوَضْع الحَدِيث من تِلْكَ الطّرق وَالْحق مَا قَالَاه انْتهى كَلَامه. وَجه الْبطلَان أَنه كَيفَ يكون مَا قَالَ ابْن الْجَوْزِيّ وَابْن تَيْمِية حَقًا مَعَ كَونهمَا من المشددين المتعنتين فِي الحكم بِالْوَضْعِ على مَا بسطته فِي رسالتي الأجوبه الفاضلة للأسئلة الْعشْرَة الْكَامِلَة وفى تعليقات تحفة الطّلبَة فِي مسح الرَّقَبَة الْمُسَمَّاة ((بتحفة الكملة)) وَقد تعقبهما جمع من الْعلمَاء الْمُحَقِّقين وأثبتوا كَون الحَدِيث حسنا إِمَّا لذاته بِبَعْض أسانيده وَإِمَّا لغيره بِجمع أسانيده بالبراهين لَا بِمُجَرَّد الظَّن والتخمين فَانْظُر إِلَى مَا قَالَ وَلَا تنظر إِلَى من قَالَ.
وَكَذَا بَطل الحكم فِي قَول ابْن تَيْمِية فِي منهاج السّنة مَا يذكرُونَ من فَضَائِل عَاشُورَاء وَمَا ورد من التَّوسعَة على الْعِيَال وفضائل المصافحة والحناء والخضاب والاغتسال وَنَحْو ذَلِكَ ويذكرون فِيهَا صَلَاة كل ذَلِكَ كذب على رَسُول الله لم يَصح فِي عَاشُورَاء إِلَّا فِي فضل صِيَامه انْتهى.
وَذَلِكَ لِأَن كَون أَحَادِيث الْحِنَّاء والاغتسال وَنَحْو ذَلِكَ كذبا وَإِن كَانَ صَحِيحا لَكِن كذب حَدِيث التَّوسعَة على الْعِيَال لَيْسَ بِصَحِيح بل هُوَ حسن مُحْتَج بِهِ فَهُوَ فِي الحكم الْكُلِّي كَاذِب كذبه من جَاءَ بعده فاحفظ هَذَا كُله ينفعك فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَة.

Manakala hadis mengenai membelanjakan ahli keluarga, al-Tabarani telah mengeluarkannya daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِه.
Sesiapa yang membelanjakan ahli keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memperluaskan baginya sepanjang tahun itu. Pada sanadnya terdapat al-Haidham Bin Shuddakh, seorang yang majhul (tidak dikenali). Al-Baihaqi telah mengeluarkan di dalam Shu’ab al-Iman dan berkata bahawa al-Haidham telah bersendirian dalam riwayatnya daripada al-A’mash.
Ibn ‘Adi telah mengeluarkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW):
مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ وَأَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ.
“Sesiapa yang memudahkan keluarganya dan ahlinya pada hari Asyura, maka Allah akan memudahkan sepanjang tahun itu baginya.” Pada sanadnya terdapat Sulaiman bin Abi Abdullah, perawi daripada Abu Hurairah, seorang yang majhul (tidak dikenali), begitu juga yang telah dikatakan Ibn al-Jauzi di dalam kitab al-Mawdu’at. Al-Munziri telah berkata di dalam kitab al-Targhib wa al-Tarhib: Al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada sekumpulan sahabat dan telah berkata bahawa sanad-sanad ini walaupun ia ialah daif, bila mana ia dikumpulkan antara satu sama lain, maka ia menguatkan antara satu sama lain. Selesai.
Zain al-Din al-Iraqi telah berkata di dalam kitabnya al-Amali bahawa hadis ini telah disebutkan daripada jalur yang telah disahihkan oleh al-Hafiz Ibn Nasir dan Sulaiman, yang mana Ibn al-Jauzi telah menganggapnya sebagai majhul (tidak dikenali). Ibn Hibban telah menyebutnya di dalam al-Thiqat dan pada pendapatnya, hadis itu dinilai sebagai hasan. Telah diriwayatkan daripada hadis Abi Sa’id di sisi al-Baihaqi di dalam kitab Shu’ab al-Iman dan Ibn Umar di sisi al-Daraqutni di dalam kitab al-Afrad dan Jabir yang mana diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada riwayat ibn al-Munkadir daripadanya dan dia berkata bahawa sanad hadis ini ialah daif. Ia diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Bar di dalam al-Istizkar daripada riwayat Abi Zubair daripadanya dan ia menepati syarat Imam Muslim.
Al-Baihaqi berkata sanad-sanad ini walaupun ia lemah tetapi apabila dia digabungkan antara satu sama lain, ia menatijahkan kekuatan walaupun ia bukan daripada riwayat Abu al-Zubair daripada Jabir yang mana ia merupakan jalur hadis yang paling sahih dan telah diriwayatkan secara mawquf (disandarkan kepada sahabat RA) daripada kata-kata Umar yang dikeluarkan oleh Ibn Abd al-Bar dengan sanad yang perawi-perawi hadisnya ialah thiqah (dipercayai) tetapi daripada riwayat Ibn al-Musayyib. Ulama berbeza pendapat soal pendengarannya daripada Umar dan telah diriwayatkan di dalam al-Shu’ab daripada ucapan Ibrahim bin Muhammad bin al-Muntashir. Adapun kata Sheikh Taqiuddin Ibn Taimiyyah bahawa sesungguhnya hadis berkaitan memperluaskan belanja (pada hari Asyura) tidak diriwayatkan oleh seorang pun daripada para Imam. Sanad yang paling tinggi yang sampai kepadanya adalah ucapan Ibn al-Muntashir merupakan satu perkara yang aneh daripadanya sepertimana yang kamu lihat dan aku telah menghimpunkan seluruh jalur-jalurnya di dalam juzuk. Tamat kalam al-Iraqi.
Di dalam Jawahir al-Aqdain fi fadhli al-Sharafain oleh Nuruddin al-Samhudi, tidak semestinya ucapan Ahmad pada hadis memperluaskan belanja (pada hari Asyura) itu bahawa ia tidak sahih ia merupakan hadis yang batil. Kadang-kadang walaupun hadis tidak sampai ke sahih tetapi ia boleh dijadikan hujah sekiranya ia berada di tahap hasan iaitu di antara sahih dan daif.
Di dalam Tanzih al-Shari’ah, kata-kata Imam Ahmad tidak sahih itu tidak semestinya bermaksud ia hadis batil sebagaimana yang telah difahami oleh Ibn Qayyim, boleh jadi hadis itu tidak sampai ke tahap sahih tetapi ia boleh dijadikan hujah sekiranya ia ialah hasan.
Aku telah berkata: Dengan semua ini, terbatallah kata-kata al-Shaukani di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah fi Ahadith al-Mawdu’ah, selepas menukilkan sedikit daripada kalam al-Iraqi: Ia disebutkan oleh Ibn al-Jauzi di dalam al-Mawdu’at dan Ibn Taimiyyah di dalam fatwa baginya, mereka berhukum dengan kepalsuan hadis ini daripada setiap jalur yang ada dan kebenaran apa yang telah diperkatakan oleh keduanya (Ibn al-Jauzi dan Ibn Taimiyyah). Selesai.
Bentuk kebatilan tersebut ialah bagaimana pula apa yang diperkatakan oleh Ibn al-Jauzi dan Ibn Taimiyyah adalah benar kerana keduanya merupakan ulama yang tegas dan keras di dalam menilai hadis palsu sebagaimana yang aku sebutkan di dalam dua risalahku, al-Ajwibah al-Fadhilah li al-As’ilah al-‘Asharah al-Kamilah dan di dalam Ta’liqat Tuhfah al-Talabah fi Mashi al-Raqabah yang dikenali dengan Tuhfah al-Kamilah. Sebahagian daripada para ulama telah meniliti daripada kalangan al-Muhaqqiq dan mereka menyatakan bahawa hadis itu ialah hasan sama ada hasan disebabkan zatnya atau disebabkan beberapa sanad-sanadnya atau disebabkan selain daripadanya dengan menghimpunkan sanad-sanad itu bersama dengan bukti-bukti dan bukannya sangkaan atau tekaan. Maka lihatlah apa yang dikatakan dan janganlah melihat siapa yang mengatakan.
Begitu juga terbatalnya hukum pada kata-kata Ibn Taimiyyah di dalam Minhaj al-Sunnah bahawa apa yang mereka sebutkan tentang kelebihan Asyura dan hadis-hadis yang menjelaskan tentang perbelanjaan ke atas ahli keluarga (pada hari Asyura), kawan-kawan atau sebagainya serta kelebihan bersalaman, berinai, bercelak, mandi dan sebagainya, serta apa yang mereka tentang solat kesemuanya adalah dusta di atas nama Rasulullah SAW dan tidak sahih pada menyatakan kelebihan Asyura melainkan digalakkan untuk berpuasa padanya.
Ini kerana, walaupun kata-katanya tentang hadis berkaitan dengan berinai, mandi dan sebagainya merupakan dusta walaupun ia benar tetapi kepalsuan bagi hadis yang menceritakan tentang memperluaskan ke atas ahli keluarga (pada hari Asyura) itu adalah tidak benar kerana ia adalah hasan boleh dijadikan hujah. Maka dia pada hukum keseluruhan adalah tersilap, dianggap tersilap oleh siapa yang datang selepasnya maka peliharalah ini semua kerana ia bermanfaat untuk kamu di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.