Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَرْضَى سلطانًا بسَخَطِ ربِّهِ عز وجل؛ خرج من دِينِ اللهِ تبارك وتعالى.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memuaskan hati seorang raja dengan kemurkaan tuhannya, dia telah keluar daripada agama Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 844, hadis no. 4329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من أرضى سلطانا بسخط ربه -عز وجل-؛ خرج من دين الله تبارك وتعالى)). [ك، ((الضعيفة)) (5197)]
(Palsu) Daripada Jābir bin ‘Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memuaskan hati seorang raja dengan kemurkaan tuhannya, dia telah keluar daripada agama Allah SWT. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5197]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman