Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَرْضَى السُّلْطانَ بما يُسْخِطُ اللهَ فقد خرج من دِينِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memuaskan hati pemerintah dengan sesuatu yang dimurkai oleh Allah maka dia telah terkeluar dari agama Allah.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis no. 3927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعاً: ((من أرضى السلطان بما يسخط الله فقد خرج من دين الله)). [أبو نعيم في ((الأخبار))، ك، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (837)].
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: “Sesiapa yang memuaskan hati pemerintah dengan sesuatu yang dimurkai oleh Allah maka dia telah terkeluar dari agama Allah.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Akhbar, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmuatihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 837]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman