Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "مَنْ كَانَ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِيَنَّ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمِ سُبْحَانَ اللَّهِ ذِي الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِك وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ لا تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلا غَفَرْتَهُ وَلا هَمًّا إِلا فَرَّجْتَهُ وَلا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلا قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk untuk solat dua rakaat, memuji Allah SWT, berselawat kepada Nabi SAW lalu dia membaca:
“Tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, bahagian dari setiap kebaikan dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosa pun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau permudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan Kau tunaikan ia wahai Tuhan yang Memberi Rahmat


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 38, hadis nombor 84. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الترمذي (1) عن عبد الله بن أبي أوفى مرفوعا وقال: حديث غريب وفائد مضعف في الحديث وقال أحمد: متروك.

قال في اللآلىء: أخرجه الحاكم في المستدرك [وقال أبو الورقاء فائد مستقيم الحديث وأخرجه ابن النجار في تاريخ بغداد عن غير فائد
وقال ابن حجر في أماليه: وجدت له شاهدا من حديث أنس وسنده ضعيف أيضا. أخرجه الطبراني.
وفي إسناده: أبو معمر عباد بن عبد الصمد ضعيف جدا قال: وللحديث طريق أخرى عن أنس في مسند الفردوس. وفي إسناده: أبو هاشم واسمه كثيرين عبد الله، كأبي معمر في الضعف وأشد.
وأخرجه أحمد بإسناد صحيح من حديث أبي الدرداء مختصرا. قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول: من توضأ فأسبغ الوضوء، ثم صلى ركعتين يتمهما، أعطاه الله ما سأل معجلا أو مؤخرا.
وأخرجه البخاري في تاريخه عنه، من وجه آخر
وأخرجه الطبراني من وجه ثالث أتم منه بإسناد ضعيف.
ولحديث أنس الذي أخرجه الديلمي في مسند الفردوس المشار إليه سابقا ألفاظ ليست في حديث ابن أبي أوفى. منها: أنه يقرأ في الأولى الفاتحة وآمن الرسول ومنها: أن يدعو بعد الركعتين اللهم يا مؤنس كل وحيد ويا صاحب كل فريد _ إلخ.
وفي لفظ آخر لحديث أنس: من كانت له حاجة عاجلة أو آجلة فليقدم بين يدي نجواه صدقة وليصم الأربعاء والخميس والجمعة _ إلخ.
وفي إسناده: أبان ابن أبي عياش متروك.
ولصلاة الحاجة ألفاظ وصفات كلها ضعيفة إلا حديث أبي الدرداء وحديث ابن أبي أوفى المذكورين

Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa secara marfu (disandarkan kepada Nabi). Imam al-Tirmizi berkata hadith ini gharib dan riwayat Faid dihukum dhaif. Ahmad berkata: matruk (hadith ini ditinggalkan).
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali : al-Hakim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mustadrak ( berkata Abu al-Waraqa’) dihukumkan sebagai mustaqim al-hadith, Ibn Najjar meriwayatkan di dalam kitabnya Tarikh Baghdad melalui jalan lain.
Ibn Hajar berkata di dalam kitabnya Amali: Aku menemui riwayat sokongan daripada Anas bin Malik akan tetapi sanadnya juga dhaif. Al-Tabarani meriwayatkan di dalam sanadnya yang terdapat Abu Ma’mar Abbad bin Abdul Samad yang dihukumkan sebagai terlalu lemah, dan bagi hadith ini juga ada riwayat lain daripada Anas bin Malik di dalam kitab Musnad Firdaus. Di dalam sanadnya ada terdapat Abu Hasyim seperti Abu Ma’mar iaitu dhaif bahkan lebih dhaif.
Ahmad meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada hadith Abu Darda’ secara ringkas berkata : Aku mendengar Nabi SAW bersabda sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dan menyempurnakannya, Allah memakbulkan apa yang diminta samada segera atau lambat.
Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab Tarikhnya dari Abu Darda’ melalui riwayat yang lain.
Al-Tabarani meriwayatkan dari sanad yang ketiga yang lebih secara sempurna darinya tetapi dengan sanad yang dhaif.
Bagi hadith Anas yang diriwayatkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus yang diisyaratkan sebelum ini terdapat lafaz yang tiada dalam hadith Ibn Abi Aufa diantara lafaz hadithnya : Nabi SAW membaca surah al-Fatihah dan آمَنَ الرَّسُولُ kemudian berdoa selepas dua rakaat, Ya Allah Tuhan yang Maha Lemah Lembut, Wahai tuhan yang memiliki sesuatu.
Dalam lafaz lain bagi hadith diriwayatkan daripada Anas bin Malik : Sesiapa yang ada hajat samada segera atau lewat maka bersedekah dengan apa yang dia ada, puasalah pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
Dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Aban Ibn Abi Ayyash dan dia dihukumkan sebagai matruk ( ditinggalkan riwayatnya).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs