Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَنْ كَانَ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِيَنَّ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ: لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمِ سُبْحَانَ اللَّهِ ذِي الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِك وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ لا تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلا غَفَرْتَهُ وَلا هَمًّا إِلا فَرَّجْتَهُ وَلا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلا قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ"
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk untuk solat dua rakaat, memuji Allah SWT, berselawat kepada Nabi SAW lalu dia membaca: “Tidak ada tuhan selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, bahagian dari setiap kebaikan dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosa pun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau permudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan Kau tunaikan ia wahai Tuhan yang Memberi Rahmat
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abi Aufa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 38, hadis no. 84. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa secara marfu (disandarkan kepada Nabi). Imam al-Tirmizi berkata hadith ini gharib dan riwayat Faid dihukum dhaif. Ahmad berkata: matruk (hadith ini ditinggalkan). Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: al-Hakim meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mustadrak ( berkata Abu al-Waraqa’) dihukumkan sebagai mustaqim al-hadith, Ibn Najjar meriwayatkan di dalam kitabnya Tarikh Baghdad melalui jalan lain. Ibn Hajar berkata di dalam kitabnya Amali: Aku menemui riwayat sokongan daripada Anas bin Malik akan tetapi sanadnya juga dhaif. Al-Tabarani meriwayatkan di dalam sanadnya yang terdapat Abu Ma’mar Abbad bin Abdul Samad yang dihukumkan sebagai terlalu lemah, dan bagi hadith ini juga ada riwayat lain daripada Anas bin Malik di dalam kitab Musnad Firdaus. Di dalam sanadnya ada terdapat Abu Hasyim seperti Abu Ma’mar iaitu daif bahkan lebih dhaif. Ahmad meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada hadith Abu Darda’ secara ringkas berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dan menyempurnakannya, Allah memakbulkan apa yang diminta samada segera atau lambat. Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab Tarikhnya dari Abu Darda’ melalui riwayat yang lain. Al-Tabarani meriwayatkan dari sanad yang ketiga yang lebih secara sempurna darinya tetapi dengan sanad yang dhaif. Bagi hadith Anas yang diriwayatkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus yang diisyaratkan sebelum ini terdapat lafaz yang tiada dalam hadith Ibn Abi Aufa diantara lafaz hadithnya: Nabi SAW membaca surah al-Fatihah dan آمَنَ الرَّسُولُ kemudian berdoa selepas dua rakaat, Ya Allah Tuhan yang Maha Lemah Lembut, Wahai tuhan yang memiliki sesuatu. Dalam lafaz lain bagi hadith diriwayatkan daripada Anas bin Malik: Sesiapa yang ada hajat samada segera atau lewat maka bersedekah dengan apa yang dia ada, puasalah pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Dalam sanadnya terdapat seorang perawi bernama Aban Ibn Abi Ayyash dan dia dihukumkan sebagai matruk ( ditinggalkan riwayatnya).
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman