Sesiapa yang mempunyai perasaan kasih kepada saudaranya di dalam hatinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كان في قلبه مودة لأخيه، لم يطلعه عليها؛ فقد خانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempunyai perasaan kasih kepada saudaranya di dalam hatinya, namun dia tidak memberitahu berkenaan perasaan tersebut kepadanya, maka dia dikira telah mengkhianati saudaranya itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis nombor 1126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مكحول، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ((من كان في قلبه مودة لأخيه، لم يطلعه عليها؛ فقد خانه)). [ابن قدامة في ((المتحابين في الله))، ((الضعيفة)) (4639)]

(Lemah)
Daripada Makhul beliau berkata, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mempunyai perasaan kasih kepada saudaranya di dalam hatinya, namun dia tidak memberitahu berkenaan perasaan tersebut kepadanya, maka dia dikira telah mengkhianati saudaranya itu.
[Riwayat Ibn Qudamah dalam al-Mutahabbin Fillah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4639]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.