Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كان في قلبِهِ مودةٌ لأخِيهِ، لم يُطْلِعْهُ عليها؛ فقد خانه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempunyai perasaan kasih kepada saudaranya di dalam hatinya, namun dia tidak memberitahu berkenaan perasaan tersebut kepadanya, maka dia dikira telah mengkhianati saudaranya itu.
Sahabat Perawi
- Makhul
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis no. 1126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Makhul beliau berkata, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mempunyai perasaan kasih kepada saudaranya di dalam hatinya, namun dia tidak memberitahu berkenaan perasaan tersebut kepadanya, maka dia dikira telah mengkhianati saudaranya itu. [Riwayat Ibn Qudamah dalam al-Mutahabbin Fillah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4639]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman